Sekitar Seminar Wabak Gejala Sosial Dimana Kita?!!

Alhamdulillah… Seminar Wabak Gejala Sosial Dimana Kita?!! yang dijadualkan pada 31 Mei 2014 berjaya dilangsungkan dengan jayanya. Program yang dianjurkan Institut Itqanul Muluk itu berjaya menarik antara 50 hingga 80 orang peserta.

Menurut pengarah program, Dr Mohd Hamdan bin Mohamed, tujuan seminar ini adalah untuk menghasilkan satu kajian ilmiah dan kaedah yang berkesan dalam menangani wabak gejala sosial yang sedang berlaku di Malaysia. Ia bertepatan dengan penubuhan Institut Itqanul Muluk yang merupakan sebuah pusat kajian dan pengajian strategik bagi menjalankan program-program yang dapat membangunkan ummah.

Seminar tersebut dirasmikan oleh YB Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud, Exco Kerajaan Negeri Kelantan. 8 kertas kerja telah dibentangkan dalam seminar sehari itu.

1. Jenayah Juvana : Cabaran dan Penyelesaian (Dr Burhanudin Abdullah)
2. Gejala Murtad Terkini (Tuan Haji Azmi Abdul Hamid)
3. Dasar-dasar Kerajaan Dan Implikasinya Terhadap Pembangunan Sosial Di Negeri Terengganu (Dr. Haji Abu Bakar Abdullah)
4. Ancaman Black Metal Terhadap Akidah (Dr. Ann Wan Seng)
5. Cinta Facebook (Dr. Asiah Ali)
6. Kebejatan Hiburan Zaman Ini (Dr. Riduan Mohd Noor)
7. Gejala Sosial : Pengaruh Rakan Sebaya Dalam Kehidupan Remaja Dan Pelajar (Dr Che Noraini Hashim)
8. Gejala Sosial Dari Perspektif Islam (Dato’ Ustaz Haji Abu Bakar Chik).

Terima Kasih diucapkan pada semua peserta yang hadir memberi sokongan dalam program ini. Moga ia memberi manfaat kepada kita semua dan mendapat redha Allah S.W.T..

Gambar : DISINI

 

 

SEMINAR WABAK GEJALA SOSIAL : DIMANAKAH KITA?

 

Assalamualaikum…

InsyaAllah, pada 31 Mei 2014 iaitu pada hari Sabtu, satu seminar akan diadakan bertajuk SEMINAR WABAK GEJALA SOSIAL, DIMANA KITA?! yang akan diadakan di Dewan Seminar Masjid Tok Jiring. Pendaftaran awal boleh dibuat secara online di SINI! <- Sila Klik.

Yuran Pendaftaran : RM30 untuk Pelajar, RM50 untuk peserta biasa.

Objektif seminar ini adalah untuk :

  1. Menghasilkan Kajian Ilmiah berkaitan masalah sosial dan kaedah menanganinya secara berkesan
  2. Mengumpul para sarjana supaya berfikir secara serius berkaitan perkara tersebut
  3. Menanamkan rasa kesedaran dikalangan Ibu Bapa dan pimpinan masyarakat betapa seriusnya masalah ini dan bersama menanganinya.

Peserta dianggarkan sekitar 200 orang yang terdiri daripada :

  1. Ibu Bapa
  2. Imam & jawatankuasa masjid
  3. Warga pendidik
  4. NGO berkaitan
  5. Pimpinan Belia dan Pelajar
  6. Pimpinan Masyarakat
  7. Orang perseorangan yang berminat.

TENTATIF:

8.30 – 8.45 Pagi : Pendaftaran Peserta

8.45 – 9.45 Pagi : MAJLIS PERASMIAN –

  1. Bacaan ayat suci al-QUran
  2. Ucapan Aluan Pengarah Program ( Ybhg Dr Hamdan Mohamad )
  3. Ucapan Perasmian ( YB Ustaz Dato’ Nassuruddin bin Daud )

9.45-10.00 Pagi : Rehat & Kudapan

10.05 – 11.35 Pagi : PEMBENTANGAN KERTAS KERJA SESSI I

  1. Gejala Sosial Dari Perspektif Islam ( Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik )
  2. Gejala Murtad Terkini ( Tuan Haji Mohd Azmi Abdul Hamid )

11.35 – 1.05 Petang : PEMBENTANGAN KERTAS KERJA SESSI II

  1. Dasar-Dasar Kerajaan Dan Implikasinya Terhadap Pembangunan Sosial Di Negeri Terengganu ( Dr. Haji Abu Bakar Abdullah )
  2. Ancaman Black Metal Terhadap Aqidah ( Dr Ann Wan Seng )

1.05 – 2.15 Petang : Rehat / Makan Tengahari / Solat

2.15 – 3.45 Petang : PEMBENTANGAN KERTAS KERJA SESSI III

  1. Jenayah Juvana : Cabaran dan Penyelesaian ( Dr Burhanudin Abdullah )
  2. Kebejatan Hiburan Zaman Ini ( Dr Ridhuan Mohd Nor )

3.45 – 4.30 Petang : PEMBENTANGAN KERTAS KERJA SESSI IV

  1. Gejala Sosial : Pengaruh Rakan Sebaya Dalam Kehidupan Remaja dan Pelajar ( Dr. Che Noraini Hashim )

4.30 – 5.00 Petang : Resolusi

5.00 Petang : Solat Asar, Minum Petang, Bersurai.

 

InsyaAllah, kami berdoa agar program ini diberkati dan dirahmati oleh Allah swt. Kami menyeru tuan/puan untuk sama-sama menyertai program ini.

SEMPENA SATU TAHUN PENUBUHAN ITQANUL MULUK

SATU TAHUN PENUBUHAN ITQANUL MULUK

SATU TAHUN PENUBUHAN ITQANUL MULUK

Sempena satu tahun penubuhan Itqanul Muluk (IM), satu seminar bertemakan “GEJALA SOSIAL : DIMANAKAH KITA” akan diadakan pada 31 Mei 2014 bertempat di Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman, Tok Jiring, Kuala Terengganu.

Seminar sehari ini (Pagi hingga Malam) bertujuan :
a) Menghasilkan kajian ilmiah berkaitan masalah sosial dan kaedah menanganinya secara berkesan
b) Mengumpulkan para sarjana supaya berfikir secara serius berkaitan perkara tersebut.
c) Menanamkan kesedaran di kalangan ibu bapa dan pemimpin masyarakat betapa seriusnya masalah gejala sosial ini dan kesannya terhadap masyarakat.

Penubuhan IM adalah inspirasi daripada perayaan 100 tahun memperingati undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Terengganu yang dinamakan “Itqanul Muluk Fi Ta’dillil Suluk” yang dibentuk pada tahun 1911.

Sesungguhnya, pelaksanaan Islam adalah berkait rapat dengan akidah ummah dan akhlak anggota masyarakat disamping pelaksanaan syariat Islam diperingkat pemerintahan dan undang-undang negara.

Penubuhan IM adalah untuk melihat dimensi dakwah islamiah dapat berperanan dan halangan-halangan dalam perkembangan islam dapat ditangani.

Sebagai sebuah institut yang baru, sokongan daripada semua pihak amat diperlukan khususnya dari segi maklumat dan juga pemikiran.

Saya mengajak mereka yang prihatin terhadap permasalahan ummat tampil bersama-sama IM dalam menggarap permasalahan dan menangani cabaran sehingga Islam didaulatkan.

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Walillahilhamd.

 

Ustaz Abu Bakar bin Chik

Pengerusi Itqanul Muluk

15 April 2014.

Keputusan PRU2013 (Terengganu)

Keputusan RASMI PRU-13 Terengganu ::

PARLIMEN : PAS/PR(4) – BN(4)
DUN : PAS/PR(15) – BN(17)

P33 – BESUT : BN
N1 – KUALA BESUT : BN
N2 – KOTA PUTERA : BN
N3 – JERTIH : BN
N4 – HULU BESUT : BN

P34 – SETIU : BN
N5 – JABI : BN
N6 – PERMAISURI : BN
N7 – LANGKAP : BN
N8 – BATU RAKIT : BN

P35 – KUALA NERUS : PAS
N9 – TEPUH : PAS
N10 – TELUK PASU : PAS
N11 – SEBERANG TAKIR : BN
N12 – BUKIT TUNGGAL : PAS

P36 – KUALA TERENGGANU : PAS
N13 – WAKAF MEMPELAM : PAS
N14 – BANDAR : PKR
N15 – LADANG : PAS
N16 – BATU BURUK : PAS

P37 – MARANG : PAS
N17 – ALUR LIMBAT : PAS
N18 – BUKIT PAYUNG : PAS
N19 – RU RENDANG : PAS
N20 – PENGKALAN BERANGAN : BN

P38 – HULU TERENGGANU : BN
N21 – TELEMONG : BN
N22 – MANIR : PAS
N23 – KUALA BERANG : BN
N24 – AJIL : BN

P39 – DUNGUN : PAS
N25 – BUKIT BESI : BN
N26 – RANTAU ABANG : PAS
N27 – SURA : PAS
N28 – PAKA : PAS

P40 – KEMAMAN : BN
N29 – KEMASIK : BN
N30 – KIJAL : BN
N31 – CUKAI : PAS
N32 – AIR PUTIH : BN

Senarai Kabinet Terbaru Kerajaan Malaysia

Timb. Perdana Menteri – Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
– Jamil Khir Baharom
– Abdul Wahid Omar
– Idris Jala
– Joseph Kurup
– Shahidan Kassim
– Nancy Shukri
– Paul Low

Menteri Pertahanan – Hishamuddin Hussein

Menteri Kewangan
– Najib Razak (Menteri I)
– Husni Hanadzlah (Menteri II)

Menteri Pelajaran & Pengajian tinggi
– Muhyiddin Yassin (Menteri I)
– Datuk Seri Idris Jusoh (Menteri II)

Menteri Dalam Negeri – Zahid Hamidi

Menteri Kerja Raya – Fadillah Yusof

Menteri Pengangkutan – (Dipangku oleh ) Hishammuddin Hussein

Menteri Luar – Datuk Seri Anifah Aman

Menteri Komunikasi dan Media – Ahmad Shabery Cheek

Menteri Belia dan Sukan – Khairy Jamaluddin

Menteri Wilayah Persekutuan – Tengku Adnan Mansor

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan – Nazri Aziz

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar – G Palanivel

Menteri Komunikasi dan Multimedia – Ahmad Shabery Cheek

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi – Douglas Unggah Embas

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani – Ismail Sabri

Menteri Kesihatan – S. Subramaniam

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi – Iwon Ebin

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air – Maximus Ongkili

Menteri Perumahan dan Kesejahteraan Bandar – Abdul Rahman Dahlan

Senarai Penuh Calon di Negeri Terengganu.

Hari ini berlangsungnya serahan borang penamaan calon disetiap negeri. Dan berikut, merupakan senarai calon yang sah bertanding untuk negeri Terengganu Darul Iman.

P.033 – BESUT
BN: IDRIS BIN JUSOH
Pas: RIDUAN BIN MOHAMAD NOR

N. 01 – KUALA BESUT
BN: A. RAHMAN BIN MOKHTAR
Pas: NAPISAH BINTI ISMAIL

N. 02 – KOTA PUTERA
BN: MOHD MAHDI BIN MUSA
Pas: ADAM BIN MAT SAID
PKR: MOHAMED ABDUL GHANI BIN HAJI IBRAHIM

N. 03 – JERTIH
Pas: WAN AZHAR BIN WAN AHMAD
BN: MUHAMMAD PEHIMI BIN YUSOF

N. 04 – HULU BESUT
Pas: SHALAHHUDIN BIN JAAFAR
BN: NAWI BIN MOHAMAD

P. 034 – SETIU
BN: CHE MOHAMAD ZULKIFLY BIN JUSOH
Pas: OMAR BIN SIDEK

N. 05 – JABI
BN: MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR
Pas: AZMAN BIN IBRAHIM

N. 06 – PERMAISURI
BN: MOHD JIDIN BIN SHAFEE
PKR: WAN MOKHTAR BIN WAN IBRAHIM
Bebas: MOHD YUSOP BIN MAJID

N. 07 – LANGKAP
BN: SABRI BIN MOHD NOOR
Pas: HASSAN BIN KARIM

N. 08 – BATU RAKIT
BN: BAZLAN BIN ABD RAHMAN
Pas: CHE GHANI BIN CHE AMBAK

P. 035 – KUALA NERUS
BN: MOHD NASIR B. IBRAHIM @ IBRAHIM FIKRI
Pas: MOHD KHAIRUDDIN BIN AMAN RAZALI

N. 09 – TEPUH
BN: MUHAMMAD RAMLI BIN HAJI NUH
Pas: HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM

N. 10 – TELUK PASU
BN: ABDUL RAHIN BIN MOHD SAID
Pas: RIDZUAN BIN HASHIM

N. 11 – SEBERANG TAKIR
PKR: AHMAD NAZRI BIN MOHD YUSOF
BN: AHMAD RAZIF BIN ABD RAHMAN
Pas: ZAKARIA BIN DAGANG

N. 12 – BUKIT TUNGGAL
Pas: ALIAS BIN RAZAK
BN: ISMAIL BIN NIK

P. 036 – KUALA TERENGGANU
BN: MOHD ZUBIR BIN EMBONG
Pas: RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH
Bebas: MAIMUN BINTI YUSUF

N13 – WAKAF MEMPELAM
Pas: MOHD ABDUL WAHID BIN ENDUT
BN: WAN MAHYUDIN BIN W NGAH

N14 – BANDAR
BN: DATO’ TOH CHIN YAW
PKR: AZAN BIN ISMAIL

N15 – LADANG
Pas: TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR
BN: DATO’ WAN AHMAD FARID BIN WAN SALLEH

N16 – BATU BURUK
Pas: SYED AZMAN BIN SYED AHMAD NAWAWI
BN: DATO’ HJ. CHE MAT BIN JUSOH

P. 037 – MARANG
BN: YAHYA KHATIB MOHAMAD
Pas: ABDUL HADI AWANG

N17 – ALUR LIMBAT
BN: 1. ALIAS BIN ABDULLAH
Bebas: JA’AFAR BIN JAMBOL
Pas: ARIFFIN BIN DERAMAN

N18 – BUKIT PAYUNG
BN: ZAIDI BIN MUDA
Pas: MOHD NOR BIN HAMZAH

N19 – RU RENDANG
BN: NIK DIR BIN NIK WAN KU
Pas: ABDUL HADI BIN AWANG

N20 – PENGKALAN BERANGAN
BN: A. LATIFF BIN AWANG
Pas: SULAIMAN BIN SULONG

P. 038 – HULU TERENGGANU
Pas: KAMARUZAMAN BIN ABDULLAH
BN: JAILANI BIN JOHARI

N21 – TELEMUNG
BN: ROZI BIN MAMAT
PKR: NARAWI EMBONG

N22 – MANIR
BN: YUSOF BIN AWANG HITAM
Pas: HILMI BIN HARUN

N23 – KUALA BERANG
BN: T. PUTERA BIN T. AWANG
Pas: MUHYIDIN BIN ABDUL RASHID

N24 – AJIL
Pas: MOHD RAZKI BIN HAJI YAH @ HAJI ALIAS
Bebas: MOHD NUHAIRI BIN MUHAMMAD
BN: GHAZALI BIN TAIB
P039 – DUNGUN
BN: ROSLI BIN MAT HASSAN
Pas: WAN HASSAN BIN MOHD RAMLI
Bebas: MAZLAN BIN HARUN

N25 – BUKIT BESI
Pas: ROSLAN BIN ISMAIL
BN: ROSLEE BIN DAUD
PKR: MOHD SHAMSUL BIN MAT AMIN

N26 – RANTAU ABANG
Pas: ALIAS BIN HARUN
BN: ZA’ABAR BIN MOHD ADIB
Bebas: MAZLAN BIN HARUN

N27 – SURA
BN: ZAKARIAH BIN ALI
Pas: WAN HAPANDI BIN WAN NIK

N28 – PAKA
BN: MATULIDI BIN JUSOH
Pas: SATIFUL BAHARI BIN MAMAT
P040 – KEMAMAN
BN: AHD SHABERY BIN CHEEK
PKR: KAMARUDIN BIN CHIK

N29 – KEMASIK
BN: ROSLI BIN OTHMAN

Pas: CHE ALIAS BIN HAMID                         
Bebas: ZULKIFLEE BIN SALLEH

N30 – KIJAL
Pas: HAZRI BIN JUSOH
BN: AHMAD BIN SAID

N31 – CUKAI
Pas: HANAFIAH BIN MAT
BN: WAN AHMAD NIZAM BIN WAN ABDUL HAMID

N. 32 – AIR PUTIH
Pas: AB RAZAK BIN IBRAHIM
BN: WAN ABDUL HAKIM BIN WAN MOKHTAR