Sekitar Seminar Wabak Gejala Sosial Dimana Kita?!!

Alhamdulillah… Seminar Wabak Gejala Sosial Dimana Kita?!! yang dijadualkan pada 31 Mei 2014 berjaya dilangsungkan dengan jayanya. Program yang dianjurkan Institut Itqanul Muluk itu berjaya menarik antara 50 hingga 80 orang peserta.

Menurut pengarah program, Dr Mohd Hamdan bin Mohamed, tujuan seminar ini adalah untuk menghasilkan satu kajian ilmiah dan kaedah yang berkesan dalam menangani wabak gejala sosial yang sedang berlaku di Malaysia. Ia bertepatan dengan penubuhan Institut Itqanul Muluk yang merupakan sebuah pusat kajian dan pengajian strategik bagi menjalankan program-program yang dapat membangunkan ummah.

Seminar tersebut dirasmikan oleh YB Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud, Exco Kerajaan Negeri Kelantan. 8 kertas kerja telah dibentangkan dalam seminar sehari itu.

1. Jenayah Juvana : Cabaran dan Penyelesaian (Dr Burhanudin Abdullah)
2. Gejala Murtad Terkini (Tuan Haji Azmi Abdul Hamid)
3. Dasar-dasar Kerajaan Dan Implikasinya Terhadap Pembangunan Sosial Di Negeri Terengganu (Dr. Haji Abu Bakar Abdullah)
4. Ancaman Black Metal Terhadap Akidah (Dr. Ann Wan Seng)
5. Cinta Facebook (Dr. Asiah Ali)
6. Kebejatan Hiburan Zaman Ini (Dr. Riduan Mohd Noor)
7. Gejala Sosial : Pengaruh Rakan Sebaya Dalam Kehidupan Remaja Dan Pelajar (Dr Che Noraini Hashim)
8. Gejala Sosial Dari Perspektif Islam (Dato’ Ustaz Haji Abu Bakar Chik).

Terima Kasih diucapkan pada semua peserta yang hadir memberi sokongan dalam program ini. Moga ia memberi manfaat kepada kita semua dan mendapat redha Allah S.W.T..

Gambar : DISINI

 

 

Advertisements

Maklumbalas anda...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s