SEMPENA SATU TAHUN PENUBUHAN ITQANUL MULUK

SATU TAHUN PENUBUHAN ITQANUL MULUK

SATU TAHUN PENUBUHAN ITQANUL MULUK

Sempena satu tahun penubuhan Itqanul Muluk (IM), satu seminar bertemakan “GEJALA SOSIAL : DIMANAKAH KITA” akan diadakan pada 31 Mei 2014 bertempat di Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman, Tok Jiring, Kuala Terengganu.

Seminar sehari ini (Pagi hingga Malam) bertujuan :
a) Menghasilkan kajian ilmiah berkaitan masalah sosial dan kaedah menanganinya secara berkesan
b) Mengumpulkan para sarjana supaya berfikir secara serius berkaitan perkara tersebut.
c) Menanamkan kesedaran di kalangan ibu bapa dan pemimpin masyarakat betapa seriusnya masalah gejala sosial ini dan kesannya terhadap masyarakat.

Penubuhan IM adalah inspirasi daripada perayaan 100 tahun memperingati undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Terengganu yang dinamakan “Itqanul Muluk Fi Ta’dillil Suluk” yang dibentuk pada tahun 1911.

Sesungguhnya, pelaksanaan Islam adalah berkait rapat dengan akidah ummah dan akhlak anggota masyarakat disamping pelaksanaan syariat Islam diperingkat pemerintahan dan undang-undang negara.

Penubuhan IM adalah untuk melihat dimensi dakwah islamiah dapat berperanan dan halangan-halangan dalam perkembangan islam dapat ditangani.

Sebagai sebuah institut yang baru, sokongan daripada semua pihak amat diperlukan khususnya dari segi maklumat dan juga pemikiran.

Saya mengajak mereka yang prihatin terhadap permasalahan ummat tampil bersama-sama IM dalam menggarap permasalahan dan menangani cabaran sehingga Islam didaulatkan.

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Walillahilhamd.

 

Ustaz Abu Bakar bin Chik

Pengerusi Itqanul Muluk

15 April 2014.